[Kali pertama praktikum, mau taknye..hehe]
Saya dengan persiapan Bimbingan dan Kaunseling dan Muzik sebagai subjek minor. Nak kata gubra, tak juga. Pengalaman sewaktu GSTT dulu banyak meredakan kerisauan. Cuma, rasa 'kureng' bila masuk bab-bab kaunseling ni. Biliknya lagi, bahan, repot, sesi, reach out, program kaunseling..fuh!
Sebuah masalah turut menerjah minda sekarang ni. Kenderaan nak ke sekolah untuk praktikum: TIADA! Jalan kaki? Jauh kak. Jadi, agak buntu dan sedang mencari solusi.
-------
Tadi, sempat ke sekolah yang bakal menerima saya sebagai guru pelatih Bimbingan dan Kaunseling mereka. Saja menjejak. Jenguk-jenguk persekitaran sekolah. Cantek ;) Bangunannya bercat baru.
Sempat keliar di kawasan Simpang Empat, alahai..ada pelbagai kemudahan. Kedai, bank, klinik + 7E. Huhu, hilang sedikit gusar.
Persiapan oh persiapan.
Selagi tak ke sekolah, rasa persiapan tak lengkap-lengkap lagi. Jadi, minda terus berlari mencari dan meneroka ide. Mahu buat yang terbaik ;)
Diri di perantauan, bersama beribu kekangan. Dalam mencari-cari jalan, saya memujuk diri sendiri. Tak mahu cengeng lagi, tak mahu negatif-negatif. Upaya menjadi lebih positif dan optimistik.
Saya cabar diri untuk lebih optimis dan positif. Tidak takut, tidak bersedih. Sebab, di mana-mana pun saya berada, Tuhan masih bersama. Untaian hikmah yang tak pernah kering, dapat 'dilihat' meneman setiap langkah ini. Semoga, ianya membantu merimbun sabar dan redha. InsyAllah.
Semoga berjaya Cikgu Azian..eh, Kr. Noor Azian. Phew...sempoi betul. Hehe ;)
-----
Falsafah 2010: Tolonglah orang, mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita. InsyAllah :)
No comments:
Post a Comment